Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sabah...

Petani Dilarang Bakar Sekam...

KANGAR - Larangan membakar sekam masih dikuatkuasakan manakala pembakaran jerami padi dibenarkan selagi...

Ada 40% Semut Pemalas,...

WASHINGTON DC - Semut dikenali sebagai haiwan yang selalu bekerja keras dalam menjalankan...

Abdul Hadi Bentang Usul...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan...

PAS Tolak Saranan MB Pahang, Tetap Bertanding PRK Rompin

DI pihak UMNO, terdapat suara menyarankan agar PAS tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei depan bagi menghormati kematian Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Namun, pandangan tersebut ditolak pemimpin PAS apabila mengumumkan parti Islam itu tetap akan bertanding.

[TERDAHULU: ‘Langkah Manis’ Andai PAS Tak Tanding Di Rompin – Adnan Yaakob]

Menurut Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, alasan yang digunakan MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob agar PAS melakukan tindakan yang dilakukan UMNO pada PRK Dun Chempaka, Kelantan lalu, tidak boleh diterima.

Tuan Man dipetik berkata kepada portal The Malaysian Insider, “Memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat.”

Tambah beliau, Barisan Nasional tidak menganggap PAS sebagai ‘sahabat’ dan ia terbukti berdasarkan keputusan Putrajaya terhadap royalti minyak kepada negeri Kelantan dan pembinaan lebuh raya.

Beliau turut mempersoalkan kesanggupan BN tidak meletakkan calon pada PRK Permatang Pauh dan memberikan kemenangan mudah kepada PKR.

“Jika PAS memberi laluan mudah kepada BN adakah ia bererti UMNO akan memberikan kemenangan percuma kepada PKR di Permatang Pauh atas alasan yang sama?” soalnya.


Dalam pada itu Tuan Ibrahim berpendapat, saingan pelbagai parti di Rompin bakal memberikan kelebihan kepada penduduk kawasan tersebut.

“Rakyat Rompin memerlukan perhatian.

“PRK Rompin ini menjadi medan terbaik untuk suara dan keluhan rakyat terutamanya mengenai kelemahan kerajaan negeri dan pengabaian pembangunan di Rompin khasnya bagi masyarakat orang asal didengar di media,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

PAS Umum Calon PRK Rompin 20 April Depan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori