Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Seluruh Negara...

PUTRAJAYA - Bilangan mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat dengan 2,371 orang...

Suami Didenda RM3K Sebabkan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal...

Kota Belud Perlu Lebih...

KOTA BELUD — Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggalakkan...

Projek Jalur Lebar Pinggir...

KUALA LUMPUR - Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar yang akan memberi manfaat liputan...

Panik, Terowong Termahal Singapura Bocor Air Laut

SINGAPURA – Selepas kontroversi kesesakan luar biasa pada hari pembukaan akhir tahun lalu, sekali lagi lebuh raya paling mahal di Singapura mencetuskan panik dalam kalangan ribuan pemandu kenderaan pada Rabu.

Ia ekoran ‘hujan lebat’ tiba’tiba memenuhi keseluruhan terowong bawah tanah Lebuhraya Pantai Marina (MCE) sekali gus menyebabkan ramai pengguna menyangka laluan itu bocor akibat dimasuki limpahan air laut.

MCE sejauh lima kilometer menghubungkan lebuh raya utama Kallang Paya Lebar Expressway (KPE) di selatan dengan East Coast Parkway (ECP) dan Ayer Rajah Expressway (AYE) di bahagian timur pulau tersebut.

Dibuka secara rasmi pada 29 Disember 2013, lebuh raya itu juga mencipta kritikan apabila dianggap termahal di republik itu dengan nilai S$4.1 bilion (RM11.1 bilion) daripada kos asal hanya S$2.5 bilion (RM6.8 bilion).

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, kejadian terbaharu kelmarin berlaku apabila siling terowong MCE sejauh 3.5 kilometer di bawah laut tiba-tiba mencurahkan air walhal cuaca di Singapura kini mengalami panas terik.

Ini mengakibatkan ramai pemandu bergegas memecut kenderaan apabila menyangka terowong itu bocor dimasuki air masin kerana laluan tersebut berada 20 meter sahaja dari permukaan lantai dasar laut Selat Singapura.

Namun, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) segera menafikan khabar angin yang disebarkan pemandu terbabit mengenai insiden di luar jangka kebocoran air laut dalam terowong MCE itu sebagai tidak benar.


Menerusi satu kenyataan LTA menjelaskan, kebocoran itu, yang berlaku pada waktu tengah hari disebabkan oleh seorang kontraktor yang bekerja di tapak tersebut, secara tidak sengaja membuka sistem penyembur air bomba.

Ia cuma melibatkan sebahagian laluan terowong menghala ke barat selepas susur keluar ke Central Boulevard dan sistem kecemasan itu ditutup dengan segera, kata jurucakap LTA kepada stesen MediaCorp Singapura.

Pancuran air tersebut dikesan berlaku tidak lebih daripada setengah jam, manakala keadaan trafik kembali seperti biasa selepas kejadian itu disedari kontraktor yang segera menghentikan semula sistem semburan berkenaan.

Beberapa rakaman video mengenai insiden itu disebarkan secara luas menerusi aplikasi WhatsApp, disertai mesej tentang kebocaran air laut di MCE, selain tekanan air yang sangat tinggi di dalam terowong bawah laut itu.

Akhir tahun lalu, MCE turut menjadi berita ‘panas’ apabila berlaku kesesakan teruk sebaik dibuka ekoran ramai pemandu keliru dengan sistem papan tunjuk arah LTA untuk menuju ke KPE, AYE dan ECP. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori