• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panik, Terowong Termahal Singapura Bocor Air Laut

oleh
17/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Selepas kontroversi kesesakan luar biasa pada hari pembukaan akhir tahun lalu, sekali lagi lebuh raya paling mahal di Singapura mencetuskan panik dalam kalangan ribuan pemandu kenderaan pada Rabu.

Ia ekoran ‘hujan lebat’ tiba’tiba memenuhi keseluruhan terowong bawah tanah Lebuhraya Pantai Marina (MCE) sekali gus menyebabkan ramai pengguna menyangka laluan itu bocor akibat dimasuki limpahan air laut.

MCE sejauh lima kilometer menghubungkan lebuh raya utama Kallang Paya Lebar Expressway (KPE) di selatan dengan East Coast Parkway (ECP) dan Ayer Rajah Expressway (AYE) di bahagian timur pulau tersebut.

Dibuka secara rasmi pada 29 Disember 2013, lebuh raya itu juga mencipta kritikan apabila dianggap termahal di republik itu dengan nilai S$4.1 bilion (RM11.1 bilion) daripada kos asal hanya S$2.5 bilion (RM6.8 bilion).

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, kejadian terbaharu kelmarin berlaku apabila siling terowong MCE sejauh 3.5 kilometer di bawah laut tiba-tiba mencurahkan air walhal cuaca di Singapura kini mengalami panas terik.

Ini mengakibatkan ramai pemandu bergegas memecut kenderaan apabila menyangka terowong itu bocor dimasuki air masin kerana laluan tersebut berada 20 meter sahaja dari permukaan lantai dasar laut Selat Singapura.

Namun, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) segera menafikan khabar angin yang disebarkan pemandu terbabit mengenai insiden di luar jangka kebocoran air laut dalam terowong MCE itu sebagai tidak benar.

Menerusi satu kenyataan LTA menjelaskan, kebocoran itu, yang berlaku pada waktu tengah hari disebabkan oleh seorang kontraktor yang bekerja di tapak tersebut, secara tidak sengaja membuka sistem penyembur air bomba.

Ia cuma melibatkan sebahagian laluan terowong menghala ke barat selepas susur keluar ke Central Boulevard dan sistem kecemasan itu ditutup dengan segera, kata jurucakap LTA kepada stesen MediaCorp Singapura.

Pancuran air tersebut dikesan berlaku tidak lebih daripada setengah jam, manakala keadaan trafik kembali seperti biasa selepas kejadian itu disedari kontraktor yang segera menghentikan semula sistem semburan berkenaan.

Beberapa rakaman video mengenai insiden itu disebarkan secara luas menerusi aplikasi WhatsApp, disertai mesej tentang kebocaran air laut di MCE, selain tekanan air yang sangat tinggi di dalam terowong bawah laut itu.

Akhir tahun lalu, MCE turut menjadi berita ‘panas’ apabila berlaku kesesakan teruk sebaik dibuka ekoran ramai pemandu keliru dengan sistem papan tunjuk arah LTA untuk menuju ke KPE, AYE dan ECP. – Agensi/A.AMREE

Tags: pemanduSingapuraterowong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNKK Lancar Aplikasi EZ-ADU Untuk Mudahkan Pengguna

Next Post

Gempar Bila Helikopter Mini Mendarat Di Laman US Capitol

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Next Post

Gempar Bila Helikopter Mini Mendarat Di Laman US Capitol

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd