• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandalela Gagal Ke Final 10M Platform Wanita Di Kazan

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila gagal mara ke pusingan akhir acara 10m platform wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015.

Pandelela sekadar berakhir di kedudukan keempat pada saingan separuh akhir dengan 335.20 mata pada hari ketiga kejohanan tersebut di Kazan, Rusia, hari ini.

Menurut laman web kejohanan, www.fina.org, Pandelela bermula garang apabila membuat terjunan pertama dengan catatan 72.00 mata.

Pada cubaan kedua, Pandalela gagal memberikan aksi cemerlang apabila sekadar mencatat 69.60 mata dan episod kemerosotannya berulang sehingga terjunan keempat dengan catatan 62.40 mata dan 54.40 mata, masing-masing.

Pandelela cuba memperbaiki jumlah pungutan mata pada terjunan terakhirnya dengan catatan 76.80 mata, namun usahanya itu gagal melayakkan beliau untuk mara ke final.

Sebelum ini, pada hari pertama kejohanan, pasangan terjun negara, Ng Yan Wee dan Nur Dhabitah Sabri terlepas pingat gangsa dan terpaksa menduduki tempat keempat dalam acara 3m papan anjal wanita.

Dalam acara 10m platform seirama wanita, pasangan Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee hanya mampu menghuni tangga kelima.

Pada hari kedua kejohanan, Cheong Jun Hoong juga terlepas pingat gangsa melalui acara 3m papan anjal individu wanita.- BERNAMA

Tags: Pandalela
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘5 Tahun Bergelut’, Pandelela Gembira Tamat Belajar Di UM

20/10/2018
0

PETALING JAYA - Dua atlet negara bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) pada Selasa....

Pandelela Tarik Diri 10 Meter Platform Individu

30/08/2018
0

JAKARTA - Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd