• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nepal: Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi Pengalaman Ngeri

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Tatkala usaha mencari dan menyelamat masuk hari keenam, lebih banyak rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal tampil untuk berkongsi pengalaman ngeri dialami mereka tentang kejadian gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan negara itu Sabtu lepas.

Lim Aik Ming, 32, Lim Sheng Huah, 32, dan Ho Shin Weng, tiba di Kathmandu pada 21 April untuk ekspedisi lapan hari mendaki Gunung Annapura, dekat Pokhra, kira-kira 200km dari ibu negara ini.

Mereka berkata mereka ditemani seorang jurupandu tempatan dan dua porter dan pada hari keempat pendakian iaitu kira-kira pukul 12 hingga 12.20 tengah hari Sabtu, tiba-tiba bumi bergegar kuat berserta angin kencang.

“Beberapa saat kemudian kami terdengar bunyi yang amat kuat seperti letupan bom dan melihat runtuhan tanah meluncur dengan laju. Bumi bergegar dengan kuat selama kira-kira 30 hingga 40 saat sebelum jurupandu kami menjerit meminta kami berlari menyelamatkan diri ke kem pangkalan berdekatan,” kata Aik Meng tentang pengalaman dialaminya semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini.

Katanya selepas berlindung di situ kira-kira 15 hingga 20 minit, mereka mengalami gempa bumi susulan bermagnitud 6.7.

“Jurupandu kami yang membawa telefon satelit berjaya mengesahkan tahap kekuatan gempa bumi itu dengan kem pangkalan Annapura dan memaklumkan kepada kami dijangka berlaku gempa bumi susulan dan tanah runtuh.

“Pada ketika itu kami memutuskan untuk tidak meneruskan ekspedisi kami dan berpatah balik ke tempat lebih selamat,” kata Aik Ming.

Sementara itu, Sheng Huah mengakui: “Ia pengalaman paling mengerikan yang pernah kami alami dan kami memutuskan untuk pulang ke hotel dan mendapatkan tiket penerbangan balik seawal mungkin.”

Dalam perkembangan berkaitan, satu pasangan muda Malaysia dari Kuala Lumpur yang enggan nama mereka disiarkan, juga berkongsi pengalaman mereka yang terpaksa bermalam selama empat malam dalam khemah sementara bersama-sama dengan penduduk tempatan di bandar Pokhra.

“Kami menginap di tingkat dua hotel lima tingkat dan meluru keluar dari bilik kami apabila bangunan bergegar kuat seolah-olah akan runtuh pada bila-bila masa,” kata mereka.

Pasangan itu berkata penduduk tempatan amat pemurah dan baik hati dengan membenarkan kami berkongsi khemah dengan mereka kerana mereka juga bimbang
untuk kembali ke bilik mereka.

Juga tersebar khabar angin dalam sosial media bahawa akan berlaku lagi gempa bumi kuat, kata pasangan itu yang memutuskan untuk kembali ke Nepal sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

Kelima-lima mereka (tiga pendaki dan pasangan itu) berlepas pulang malam tadi sleepas Kaunselor/Kuasa Usaha di kedutaan Malaysia Fadli Adilah membantu mereka mendapatkan tiket penerbangan menerusi AirAsia. – BERNAMA

https://youtu.be/fFRPFMGptJE

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd