• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Bandung Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari dan menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 Persidangan Asia Afrika dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Baharu Asia-Afrika.

Pesawat khas membawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara pada kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia) dan disambut Menteri Perdayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Yuddy Chrisnandi dan Duta Plenipotentiari dan Ekstraordinari Indonesia Herman Prayitno.

Turut menyambut ketibaan perdana menteri dan isteri ialah Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta isteri, Datin Seri Che Mahani Ismail.

Petang ini, Najib dijadual mengadakan perjumpaaan dengan kira-kira 200 pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Indonesia di Hilton Hotel di sini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijadual menghadiri majlis makan malam bersama Najib dan pelajar berkenaan.

Esok, perdana menteri akan menyertai presiden Indonesia Joko Widodo dan para anggota perwakilan ke Persidangan Asia-Afrika melawat Gedung Merdeka di sini.

Zahrain berkata lawatan ini memberi peluang kepada Najib untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu dua hala, serantau dan antarabansga yang menjadi kepentingan bersama dengan para pemimpin dari negara Asia dan Afrika.

Katanya lawatan itu juga menjadi simbol sokongan dan komitmen berterusan Malaysia terhadap usaha mengukuhkan lagi kerjasama dengan negara membangun lain, terutama di Asia dan Afrika, dengan matlamat utamanya untuk memupuk keamanan dan kemakmuran dunia melalui kerjasama Selatan-Selatan.

Sambutan ulang tahun Persidangan Asia-Afrika dan Perkongsian Strategik Baharu Asia-Afrika mempertemukan ketua-ketua negara dari 109 negara Asia dan Afrika.

Sambutan itu bermula dengan Mesyuarat Menteri-menteri Asia-Afrika pada 20 dan 21 April, diikuti Sidang Kemuncak Asia-Afrika bertemakan ‘Mengukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan Bagi Memupuk Keamanan dan Kemakmuran Dunia’ pada 22 dan 23 April di Jakarta.

Persidangan Asia-Afrika pertama dianjurkan bersama oleh lima negara iaitu India, Indonesia, Myanmar, Pakistan dan Sri Lanka di sini pada 1955.

Persidangan itu menjadi simbol perkongsian hasrat dan perpaduan dalam kalangan negara Asia dan Afrika yang baru merdeka. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd