• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tahu Apa Yang Sepatutnya Dia Lakukan

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbalahan dua negarawan, antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara.

Demikian kata bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sambil menasihatkan semua pihak terlibat supaya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Apa yang sedang berlaku sekarang ini tidak akan membawa kebaikan kepada kita.

“Dengan apa yang saya lihat, apa yang berlaku, saya dengar apa yang mereka cakap, tiada kebaikan kepada masing-masing, biarlah dia (Najib) tentukan (kerana) tidak beri kebaikan kepada parti dan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi bertajuk Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas serangan berterusan oleh Dr Mahathir terhadap kepimpinan negara berikutan Najib masih memilih untuk bersikap berdiam diri daripada menjawab segala persoalan yang ditimbulkan sejak akhir ini.

Kritikan Dr Mahathir yang bermula dari blognya Chedet dan kini ke pentas dialog terbuka menunjukkan serangan tersebut tidak akan terhenti.

Mengulas lanjut, ketika ditanya kewajaran Najib menjawab segala persoalan yang ditimbulkan Dr Mahathir, beliau bagaimanapun berkata, Perdana Menteri mesti melakukan sesuatu tindakan.

“Najib akan putuskan, Najib tahu apa yang sepatutnya dia lakukan. Dia mesti buat sesuatu tentang perkara ini.

“Sebab dia itu perdana menteri, sesiapa yang menjadi perdana menteri ada tanggungjawab untuk memberitahu kepada orang ramai apa perkara penting kepada dia kerana dia pemimpin parti,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sudah sampai masanya Najib melakukan sesuatu dan tidak boleh lagi berdiam diri.

“Itu yang dia nak cakap, kena beritahu la. Takkan dia senyap, tak tahu langsung, saya rasa perkara itu normal untuk menyampaikan apa pandangan dia,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

Tags: Najib Tun RazakTun Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

15/04/2025
0

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd