• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Foto Selfie Bersama Pilot Disalah Sangka

oleh AK-47
08/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkifli, 46 terkejut apabila gambar selfienya bersama juruterbang nahas helikopter, Kapten Clifford Fournier, disalah erti hingga menjadi viral di media sosial.

Ini ekoran daripada ramai pengguna media sosial menyatakan dirinya adalah pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter  di Semenyih, petang semalam.

Akibatnya dia yang merupakan Penolong Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Projek Khas, Eagle Air Charter menerima banyak panggilan dan pesanan ringkas daripada rakan serta keluarga.

Isu menjadi lebih kritikal, apabila gambar viral selfie itu turut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen yang melaporkan Dzuriasikim sebagai pembantu juruterbang yang turut terkorban dalam nahas itu.

Gambar itu disalah erti oleh ramai pengguna sosial selepas dia menukar gambar profil dirinya ‘berselfie’ bersama Kapten Fournier dalam akaun Facebook.

Dia berharap agar gambar tersebut tidak disalahgunakan kerana tujuannya memuat naik gambar kenangan tersebut hanya ingin menyatakan kesedihan atas kematian rakan akrabnya itu.

IMG_8991 (2)

Dalam pada itu seorang pengguna sosial, Amluddin Yusof yang juga merupakan rakan Dzuriasikim turut menegaskan dalam ruangan komen sebuah laman Facebook bahawa rakannya itu masih hidup dan bukan seorang co-pilot.

Nahas helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang semalam menggemparkan negara apabila ia turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

https://www.youtube.com/watch?v=wH6R_xJBn0c

Tags: pesawatviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd