Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

2,400 Panggilan Kecemasan Kebakaran...

TAPAH, 23 Jun (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak...

19 Juta Dos Vaksin...

JAKARTA : Sebanyak 19 juta dos vaksin Covid-19 dalam simpanan negara tamat tarikh...

Dana Pendeposit TH Dilabur...

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) akan memastikan dana pendeposit yang kini mencecah...

UK Biayai Projek Hasilkan...

LONDON - Kerajaan British berikrar untuk memperuntukkan sejumlah dana bagi menghasilkan vaksin baharu novel...

Melaka Tuan Rumah Pameran Setem A’bangsa 4 Negara Jiran

MELAKA – Melaka akan manjadi tuan rumah Pameran Setem Antarabangsa Empat Negara ASEAN melibatkan Malaysia, Singapura, Indonesian dan Thailand yang dijangka diadakan di Muzium Setem Bandar Hilir di sini, Oktober depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah itu selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini dan cadangan untuk menjadikan Melaka sebagai Kota Filateli.

“Melaka dipilih untuk menjadi tuan rumah Pameran Setem Antarabangsa Empat Negara kerana satu-satunya Muzium Setem di negara ini hanya terdapat di negeri ini.

“Tarikh bagi pameran ini belum ditetapkan namun kita serahkan kepada Pos Malaysia Berhad, Persatuan Filateli Malaysia dan kerajaan Melaka untuk menetapkan tarikh yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-175 Keluaran Setem Pertama Dunia ‘Penny Black’ di sini, hari ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata negara-negara ASEAN lain juga turut dijemput untuk mempamerkan setem yang menonjolkan ciri dan identiti negara masing-masing untuk diketengahkan kepada pengunjung pemeran.

Menurutnya sebelum ini pameran tersebut hanya melibatkan tiga negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand dan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tahun lepas.


Sementara itu, beliau mencadangkan Pos Malaysia Berhad agar mengeluarkan setem bertemakan komuniti ASEAN sempena penganjuran pameran berkenaan.

“Ia bertujuan menjadikan setem itu sebagai ikon pengukuhan negara ASEAN selain boleh digunakan bagi mengukuhkan jaringan perkhidmatan pos melibatkan negara ASEAN,” katanya.

Sementara itu, pameran setem ‘Penny Black’ diadakan selama empat hari bermula hari ini.

Setem yang berimejkan Ratu Victoria merupakan setem pertama dunia yang dikeluarkan di Britain pada 1840 dan ia merupakan setem tersohor yang telah merubah sistem komunikasi dunia serta tamadun manusia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • setem

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori