Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Video: 8 Cara Sambut...

DIAM tidak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan melabuhkan tirainya seterusnya...

Filipina Akan Tingkatkan Industri...

KUALA LUMPUR – Filipina, di bawah Presiden Rodrigo Duterte, berusaha mengembangkan industri halal...

Amaran Angin Kencang Di...

KUALA TERENGGANU - Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Terengganu dijangka...

Kerajaan Diminta Pertimbang Solat...

PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan kebenaran bagi aktiviti solat berjemaah di masjid...

Maybank Akan Kembangkan Aplikasi Baru Dilancar

KUALA LUMPUR – Maybank Bhd merancang untuk mengembangkan penggunaan aplikasi yang baru dilancar, Ganjaran Maybank dan Pencari Hartanah Maybank ke Indonesia, Singapura dan Filipina menjelang akhir tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, aplikasi itu bertujuan memberi lebih kemudahan kepada pelanggan dan mengukuhkan kehadiran digital bank itu.

“Sasarannya ialah 50,000 muat turun bagi setiap aplikasi tahun ini. Pelancaran ini adalah fasa pertama dalam menawarkan aplikasi berkenaan di seluruh negara.

“Ia akan meningkat pada masa depan dan kami akan memastikan lebih ramai peniaga, bukan sahaja di Malaysia melanggannya,” katanya kepada media selepas pelancaran aplikasi itu di sini, hari ini.

Pencari Hartanah Maybank menghubungkan pembeli dan penjual hartanah dan tidak ada aplikasi seumpama itu di Asia Tenggara, yang menunjukkan hartanah untuk dijual pada masa nyata.

Aplikasi Ganjaran Maybank sebaliknya ditawarkan bersama aplikasi Peniaga, membolehkan peniaga meletakkan promosi mereka untuk disiarkan kepada pembeli.


Abdul Farid berkata, pelanggan perbankan digital di Asia dijangka berkembang kepada 1.7 bilion pada 2020 berbanding 670 juta pada 2012, dengan kira-kira 40 peratus pelanggan mewah kini memilih dalam talian atau perbankan mudah alih.

Beliau berkata, aplikasi itu memberi peluang kepada bank untuk melayan pelanggan melalui kaedah yang lebih fokus dan jimat kos, yang akhirnya akan meningkatkan pencapaian dan volum perniagaan Maybank.

“Untuk aplikasi mudah alih yang kami perkenal pada 2011, terdapat lebih 1.7 juta pengguna, melakukan 12 juta transaksi setiap bulan. Ini bermakna sistem kami stabil dan boleh mengendali volum yang besar,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori