Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Premis Diharap...

KOTA KINABALU - Polis Sabah berharap lebih banyak premis termasuk kawasan perumahan di...

Terkentut Semasa Dibedah, Wanita...

SEORANG wanita dari Jepun melecur teruk selepas kentutnya dikesan menjadi penyebab kepada insiden...

Remaja Maut Terjun PPR

KUALA LUMPUR - Seorang remaja yang dipercayai menghadapi masalah kemurungan nekad terjun dari...

Hak Milik Kekal Tanah...

IPOH - Isu pemberian hak milik kekal tanah boleh diselesaikan melalui bidang kuasa...

Malaysia Minta Lebih Banyak Mangga Tembusi Pasaran Jepun

PUTRAJAYA – Malaysia meminta akses pasaran ke atas varieti mangga ke pasaran Jepun, selain harum manis yang telah menembusi pasaran negara itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengutarakan perkara itu pada pertemuannya dengan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun Yoshimasa Hayashi di Tokyo hari ini, dalam usaha memperluas pasaran eksport produk pertanian segar negara ke pasaran Jepun.

“Selain permohonan akses pasaran bagi varieti mangga, Malaysia juga meminta supaya proses tersebut dibuat sekali dengan betik,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini sempena lawatan kerja lima hari beliau ke Jepun mulai Selasa.

Beliau berkata Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan Jepun dalam meneroka dan membangunkan pasaran produk halal di negara matahari terbit itu selaras dengan permintaan produk makanan halal di Jepun sempena penganjuran Sukan Olimpik pada 2020.

Malaysia juga mengesyorkan supaya peranan Persatuan Halal Jepun (JHA) dan Persatuan Islam Jepun (JMA) yang telah diakreditasi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pemudah cara dalam perdagangan produk halal antara kedua-dua buah negara, katanya.

Ismail Sabri berkata Malaysia juga memohon kemudahan kerajaan Jepun, melalui Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, dalam program untuk memberi kesedaran dan promosi produk halal di Jepun, menerusi seminar dan ekspo perdagangan yang akan diadakan kelak.


Malaysia memohon supaya penglibatan Malaysia dalam Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) diteruskan semula dan kuota pelatih dalam program Majlis Pertukaran Pertanian Jepun (JAEC) dikembalikan kepada kuota asal iaitu 15 orang setelah diturunkan kepada tujuh orang, katanya.

Pada pertemuan itu juga, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Hayashi atas bantuan dan kerjasama kementeriannya membantu menyelesaikan isu berkaitan perikanan dan penahanan sementara eksport terhadap produk ayam segar dari Malaysia.

“Faedah perdagangan antara kedua-dua negara khususnya dalam bidang pertanian akan menjadi lebih kukuh apabila isu tersebut diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata selepas penarikan penahanan eksport sementara produk halal dari Malaysia, ketibaan penghantaran pertama dari Malaysia, yang melibatkan produk daging itik sejuk beku, tiba di Port of Osaka pada Rabu (15 April). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori