• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Salur Bantuan Makanan Ke Nepal – Shahidan

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan untuk mangsa bencana gempa bumi yang melanda Nepal Sabtu lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada Kabinet dalam masa terdekat memandangkan jumlah mangsa semakin meningkat dan pelbagai bantuan diperlukan terutamanya makanan.

“Saya akan maklumkan perkara ini kepada Kabinet secepat mungkin. Kita dimaklumkan mangsa yang terkorban juga meningkat,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Shahidan berkata arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas di kawasan terjejas teruk akan diberi keutamaan.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas setelah menerima arahan daripada Perdana Menteri semalam.

Antara pasukan yang menyertai misi itu ialah SMART Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota MERCY Malaysia.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia). Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu setakat ini mencatatkan 3,218 kematian dan lebih 6,500 orang cedera. – BERNAMA

Tags: NEPALShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd