Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Baik Seluruh...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan seluruh negara adalah baik pagi...

Bank Perlu Kemas Kini...

KUALA LUMPUR - Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran...

Warga Asing Dibelasah Kerana...

BARU-BARU ini Malaysian Crime Watch (MyWatch) telah memuat naik beberapa video memaparkan aksi seorang  pegawai...

Bekas Presiden Honduras Ditahan,...

TEGUCIGALPA: Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez ditahan atas tuduhan terlibat dengan sindiket...

Lindsay Lohan Gelar Peminat Keldai

LOS ANGELES – ‘Kamu keldai’. Nampaknya artis bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan telah memalukan dirinya sendiri apabila dia secara tidak sengaja telah tersalah memilih perkataan dalam bahasa Arab untuk menggambarkan bahawa peminatnya cantik.

Lohan mahu menulis `kamu cantik’ namun tertulis `kamu keldai’ dalam bahasa Arab yang dimuatnaik dalam instagramnya.

Namun selepas mendapati dia melakukan kesilapan, Lohan cepat-cepat memadamkan kata-kata tersebut, yang ditulis pada Isnin lalu.

Meskipun dia mempunyai kira-kira 3.5 juta peminat dan pengikut dalam instagramnya namun nyata dia menghina mereka yang memahami bahasa Arab.


Ini bukan kali pertama dia berdepan kontroversi melibatkan penggunaan bahasa Arab.

Januari lalu, dia memuatnaik perkataan Insya Allah dan Wallahi, bagi menggambarkan kesedihan atas kemangkatan Raja Abdullah yang juga pemerintah Arab Saudi.- MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/rJgzJtmKDgA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori