Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Rampas Kasut Tiruan...

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas...

Belum Ada Perbincangan Mendalam...

KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan...

Najib Punyai Pengaruh Besar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk...

Syed Saddiq Alami ‘Soft...

KAJANG - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah...

Lelaki Pakistan Disyaki Dalang Sindiket Palsu Pasport Ditahan

MELAKA – Jabatan Imigresen Melaka menahan seorang lelaki warganegara Pakistan yang disyaki dalang sindiket pemalsuan pasport dan permit kerja di sebuah rumah di Danau Kota, Gombak, Selangor awal hari ini.

Pengarahnya, Mahpof Mahmood berkata, penahanan suspek tersebut susulan hasil siasatan terhadap tiga lelaki warga Pakistan yang ditahan di sekitar Melaka pada Rabu lepas dan semalam.

“Pada Rabu (1 April) kami menahan dua orang lelaki masing-masing berusia 33 dan 45 tahun di sebuah premis di Taman Lagenda di sini dan hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada mereka tinggal lebih masa manakala seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri dan sedang menunggu pasport baharu daripada suspek dengan bayaran RM5,000.

“Kami berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 43 tahun yang merupakan pekerja kepada suspek di Tol Ayer Keroh semalam sebelum kami ke rumah suspek (di Gombak),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Mahpof berkata, dalam serbuan kira-kira 2 pagi di rumah suspek, pihaknya menjumpai 22 keping pasport, i-Kad, satu rangka pasport warganegara Myanmar serta fail berisi pelbagai dokumen termasuk kertas contoh tandatangan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=vkUXJGQ7Y_s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori