NEW ZEALAND – Kejam dan menakutkan, itu gambaran sesuai untuk seorang lelaki apabila dia menggunakan pemutar skru untuk mencabut enam batang gigi milik seorang wanita ketika melakukan seks kerana dia menyukai wanita tidak bergigi.
Lelaki itu, Philip Lyle Hansen, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mendakwa dia berbuat demikian kerana mahu membantu mencabut gigi bongsu wanita terbabit.
Hansen dihadapkan di mahkamah atas 11 tuduhan antara 1988 hingga 2011 kerana berniat melakukan kecederaan.
Dalam kes perbicaraan itu, bekas teman wanitanya yang tidak dinamakan berkata dia tidak pernah bersetuju giginya dicabut namun terlalu takut untuk membuat laporan.
Dalam pada itu, pendakwaraya Sally Carter berhujah bahawa Hansen berbuat demikian kerana berfantasi melakukan seks dengan wanita yang tidak mempunyai gigi.
Hansen didakwa menolak wanita itu ke pintu kereta sebelum mencabut enam giginya dan kemudian menggunakan minyak untuk menyekat pendarahan ketika mereka melakukan seks.
“Dia mempunyai pemutar skru di tangannya dan kemudian dia memegang kepala saya sebelum mula mengorek gigi saya termasuk gigi bongsu saya,” kata mangsa.
Bagaimanapun peguam bela Hansen menafikannya dan menyatakan bahawa Hansen mencabut gigi wanita itu selepas diminta berbuat demikian.- MYNEWSHUB.cc
https://youtu.be/7QPiNI4qVhE