• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 900 Pendatang Maut Tragedi Bot Karam

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sicily – Ratusan pendatang yang ketakutan, termasuk wanita dan kanak-kanak lemas seperti ‘tikus dalam sangkar’ selepas mereka terperangkap apabila bot berkenaan karam, kata seorang mangsa yang terselamat.

Lebih 900 orang dikhuatiri mati apabila bot nelayan yang mereka naiki untuk menyeberang Laut Mediterranean dalam pelayaran ke Itali kelmarin, menjadikannya bencana maritim paling buruk sejak tamatnya Perang Dunia Kedua.

Sebuah kapal pengawal pantai Itali semalam membawa 24 mayat mangsa ke Malta untuk dikebumikan sebelum berlepas ke Sicily bersama-sama 28 mangsa yang terselamat selepas bencana itu berlaku di luar pantai Libya.

Media Itali memetik seorang warga Bangladesh yang diangkut dengan helikopter ke hospital di Sicily sebagai berkata, kira-kira 950 penumpang berada dalam bot berkenaan yang karam apabila penumpangnya berebut-rebut ke satu bahagian untuk menarik perhatian sebuah kapal dagang yang belayar berhampiran.

“Kira-kira 200 wanita dan 50 kanak-kanak turut berada dalam bot itu. Ramai yang berada di bahagian bawah. Mereka mati seperti tikus dalam sangkar,” kata lelaki Bangladesh itu.

Akhbar La Repubblica juga memetik dia sebagai berkata: “Saya dan beberapa lagi terselamat kerana kami berada di atas. Yang lain mati lemas dan ramai yang ditahan seperti banduan di bawah bot kerana penyeludup menutup pintu bagi menghalang mereka keluar.”

Ketua Polis Sempadan Itali Jeneral Antonio Iraso berkata, jumlah mangsa yang terselamat itu boleh diterima akal jika ratusan orang ditahan di bahagian bawah bot.

Jika angka kematian itu disahkan, jumlah mereka yang mati kerana cuba untuk tiba di Eropah dalam usaha mencari kehidupan lebih baik adalah lebih ramai berbanding nahas Titanic yang berlaku lebih seabad lalu. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=HMDR7UvogWU

Tags: karam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Potong Hidung, Telinga Kekasih Anak

Next Post

YBK Sasar Garis Miskin Tegar Sifar Peratus Hujung Tahun Ini

Related Posts

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

26/11/2023
0

ATHENS: Sebuah kapal kargo dengan bendera Comoros serta membawa 14 orang, dilaporkan karam di pesisir Pulau Lesbos ketika angin kencang...

Next Post

YBK Sasar Garis Miskin Tegar Sifar Peratus Hujung Tahun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd