• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Akur Pengumuman Perdana Menteri

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan melanjutkan had usia bagi pengeluaran penuh wang caruman KWSP dari 55 tahun kepada 60 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pengumuman Perdana Menteri itu selari dengan penemuan awal kaji selidik rundingan KWSP yang mendapati rata-rata ahli memilih pilihan kedua di dalam cadangan KWSP.

“Pilihan tersebut mengekalkan Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun dan penambahbaikan dibuat agar caruman baru disimpan sehingga umur 60 tahun.

“Saranan Perdana Menteri dan pilihan ahli kami semestinya akan diambil berat oleh Lembaga KWSP,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Shahril, sokongan Perdana Menteri untuk skim syariah KWSP memberi dorongan kepada agensi itu untuk meneruskan perancangan bagi membangunkan opsyen tersebut kepada pencarum.

“KWSP juga akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat mengenai perkara ini. Pengenalan opsyen ini akan mewujudkan dana patuh syariah terbesar di dunia,” katanya.

Sehubungan itu, Shahril mengesa ahli KWSP terus memberi maklum balas terhadap kaji selidik KWSP memandangkan terdapat cadangan penambahbaikan inisiatif yang lain.

“KWSP juga ingin memastikan pandangan ahli tetap diambil kira dalam semua inisiatif utama di mana akan memberikan kesan langsung terhadap simpanan persaraan mereka,” katanya.

Dalam satu pengumuman pagi ini, Najib berkata, Putrajaya tidak akan melanjutkan had usia bagi pengeluaran penuh wang caruman KWSP dari 55 tahun kepada 60 tahun selepas mengambil kira reaksi masyarakat terhadap isu itu. – MYNEWSHUB.cc

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd