• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar 100 Syarikat Peruncitan Sertai Kempen Turun Harga Barang

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan 100 syarikat peruncitan yang menjual barangan keperluan menyertai kempen penurunan harga barang yang dilancarkan 1 Mac lepas.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya sedang melakukan perbincangan lanjut dengan lebih ramai pengusaha pasar raya besar dan syarikat-syarikat berkaitan supaya turut sama mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai memandangkan sehingga semalam 40 syarikat termasuk pengusaha pasar raya besar telah bersetuju menyertai kempen itu bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

“Ini antara usaha yang kita lakukan untuk membantu rakyat dan KPDNKK akan terus mencari langkah terbaik untuk menangani kos sara hidup.

“Mengambil contoh pasar raya besar Giant, sambil menyertai kempen menurunkan harga barang mereka juga mempromosi barangan buatan Malaysia dan ini adalah contoh yang baik” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’ dan kempen ‘Penjimatan Ekstra’ anjuran Pasar Raya Besar Giant, di Seksyen 13 di sini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (M) Datuk Tim Ashdown.

Hasan berkata penglibatan 40 syarikat menjual barangan keperluan dalam kempen penurunan harga barang itu telah membolehkan penurunan harga bagi 488,056 produk keperluan harian di 1,382 cawangan mereka di seluruh negara.

Beliau turut mengingatkan peniaga dan pengusaha supaya tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan terlalu tinggi atau mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Tim berkata pihaknya sentiasa membuka peluang kepada mana-mana pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menembusi pasaran peruncitan pada skala besar.

Beliau berkata bagi kempen ‘Beli Barang Buatan Malaysia’ yang dilancarkan hari ini, sebanyak 1,400 produk keluaran tempatan akan dijual di 120 rangkaian pasar raya besar itu sebagai menyokong industri terbabit.

“Kita bukan sahaja mahu bantu rakyat dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, dalam masa sama kita juga bantu pengusaha kecil ini mendapat pendapatan lebih banyak menerusi pasaran yang kita tawarkan,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 470 pengusaha IKS telah menembusi pasaran peruncitan berskala besar itu dan 70 daripadanya adalah bumiputera. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd