MEXICO CITY – Seorang komander polis mati dalam satu insiden tembakan yang berlaku di hadapan bas stesen bandar resort Acapulco di sini semalam.
Menurut laporan polis, mangsa ditembak di dalam kereta miliknya ketika melintasi hab kepada bas-bas pelancong untuk memasuki bandar tersebut.
“Mangsa turut ditemani oleh anak lelakinya yang bagaimanapun terselamat dalam kejadian tersebut,” ujar satu sumber kepada AFP.
Dalam satu kenyataan, pihak kerajaan mengutuk pembunuhan tersebut dan menggesa penyiasatan dilakukan dengan segera.
Acapulco yang terletak di negeri miskin Guerrero berdepan dengan masalah keganasan kumpulan-kumpulan berkaitan dadah.
Februari lepas, beberapa buah sekolah diletakkan dibawah penjagaan tentera selepas sekumpulan guru melakukan mogok berikutan sistem keselamatan yang lemah.
Pihak berkuasa negara itu membuat tangkapan bulan lepas terhadap seorang ketua kumpulan Independent Cartel of Acapulco yang dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa kes keganasan, penculikan dan peras ugut. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=LplpAq2SDyo

