• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kitab Doa Termahal Dunia Dipamerkan Di Australia

oleh
13/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Salah satu naskhah paling mahal di dunia, Rothschild Prayer Book atau kitab doa Rothschild akan dipamerkan pertama kali kepada awam di Perpustakaan Nasional Australia di sini.

Buku doa Kristian kuno itu kini bernilai A$15.5 juta (RM43.6 juta) dan dipercayai berasal dari sekitar tahun 1505, ketika dimiliki oleh salah seorang hakim pemerintah diraja Belanda kurun ke-16.

Kitab suci itu merupakan sebahagian daripada koleksi harta mewah yang disimpan tentera rejim Nazi pada Perang Dunia Kedua setelah disita dari keluarga Yahudi terkaya, Rothschild pada 1938.


Naskhah ini menjadi milik pengumpul artifak seni dan juga ahli perniagaan berasal dari Australia, Kerry Stokes, 74 tahun; yang dibeli menerusi acara lelongan Christie di New York pada Januari tahun lalu.

Jutawan media tempatan ini menyimpan kitab itu di rumahnya di Perth dan anak beliau, Ryan Stokes kebetulan Ketua Perpustakaan Nasional Australia tertarik dengan nilai sejarah buku ini.

Di dalam kitab nadir itu terdapat banyak gambar kecil dan ilustrasi yang disebut sebagai miniatur bagi menggambarkan insan kudus, makhluk mitos, pemandangan alam dan benda alamiah.


Kurator pameran, Susannah Helman menjelaskan, ini adalah kesempatan terbaik bagi Perpustakaan Nasional dan berkata: “Ini pasti akan mendapat tumpuan besar daripada pengunjung.

“Kitab ini merupakan hasil kerjasama beberapa penulis manuskrip terbesar zaman itu, ia sangat luar biasa untuk mempamerkan naskhah ini kepada awam buat julung kalinya di Australia.

“Ia awalnya himpunan bacaan doa digunakan untuk keperluan beribadah perseorangan. Dalam kitab ini ada beberapa gambar unik memaparkan insan wali seperti St. Peter dan St. Stephen.”

Baca : Bilionaire Zionis Warisi Cip Paling Canggih Dalang MH370?

Namun menurut Helman, kitab lama itu tidak hanya memuatkan gambar dari tokoh-tokoh idola umat Kristian, malah ia juga menceritakan banyak humor dan pelbagai adegan kehidupan seharian.

Keluarga Rothschild diasaskan bangsawan berpengaruh Yahudi, Mayer Amschel Rothschild di Jerman pada abad ke-16 yang kini menguasai sistem perbankan antarabangsa. – Agensi/A.AMREE

Tags: doakitabKristianRothschild
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd