• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tambah Baik Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kerajaan akan menambah baik perkhidmatan di Klinik 1Malaysia berdasarkan keperluan penduduk setempat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata setakat ini terdapat 309 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat berikutan keselesaan dan mutu perkhidmatan yang sentiasa ditambah baik.

“Kesemua klinik ini pada mulanya ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar namun skop perkhidmatan telah dikembangkan atas permintaan masyarakat kepada rawatan kes-kes ibu mengandung, suntikan pelalian bayi, perancang keluarga dan rawatan kes-kes kronik stabil,” katanya.

Kerajaan telah menyasarkan untuk menyediakan 50 Klinik 1Malaysia setiap tahun di seluruh negara dengan tumpuan di bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi termasuk ramai golongan miskin, Dr Subramaniam berkata ketika berucap merasmikan Klinik 1Malaysia Pasir Pekan di sini, hari ini.

Beliau berkata Klinik 1Malaysia Pasir Pekan adalah sebuah klinik contoh yang menyediakan banyak perkhidmatan iaitu perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak, perkhidmatan pergigian, rawatan kecemasan, farmasi, makmal, perkhidmatan x-ray dan perkhidmatan rehabilitasi.

“Ini adalah klinik 1Malaysia pertama di negara ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Klinik ini juga mempunyai pelbagai kategori jawatan seperti doktor, pakar dan pegawai pergigian, pegawai farmasi, juru x-ray, juruteknologi makmal perubatan, paramedik serta anggota sokongan lain,” katanya.

Berdasarkan rekod, 30,526 pesakit atau purata 101 pesakit sehari mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia Pasir Pekan pada tahun lepas berbanding 14,976 pesakit pada 2013.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Farida Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. – BERNAMA

https://youtu.be/QBYLtH7TwuY

Tags: Dr S. Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd