• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Guna Teknologi Baharu Tangani Denggi

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengambil pendekatan menggunakan beberapa teknologi baharu dalam usaha menangani penularan wabak denggi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Daroyah Alwi berkata sebagai contoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menggunakan ‘nyamuk Toxo’ bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes.

Menurutnya, kaedah itu sedang dilaksanakan di Pangsapuri Sri Tanjung; USJ 6; dan Kampung Seri Aman, Puchong dan dilihat memberi kesan signifikan dalam menurunkan kes denggi di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan kaedah berkenaan masih dalam peringkat kajian dan pihaknya sedang memantau keberkesanan teknologi itu dari semasa ke semasa.

Dr Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ng Tien Chee (DAP-Balakong) yang ingin tahu mengenai teknologi baharu mencegah denggi dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Dr Daroyah berkata jumlah kes denggi yang paling tinggi dicatatkan di daerah Petaling semakin menurun berikutan pelbagai kaedah program ‘Terjah Denggi’ yang dilancarkan kerajaan negeri sejak Januari lepas.

“Data terkini sehingga Sabtu lepas, jumlah kes menurun kepada 433 kes berbanding 547 kes pada 21 Mac.

“Jumlah keseluruhan kes denggi di Selangor turut menurun daripada 1,754 kes pada 7 Feb kepada 970 kes sehingga Sabtu lepas,” katanya menjawab pertanyaan lisan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) yang ingin mengetahui status program ‘Terjah Denggi’ negeri ini.

Jelas Dr Daroyah, teknik semburan ‘Outdoor Residual Spray’ (ORS) di luar kawasan rumah akan terus diaplikasikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di kawasan Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Klang.

“Program gotong-royong akan diteruskan supaya masyarakat lebih memahami kepentingan mewujudkan persekitaran yang bersih sekali gus mengekalkan tahap kesihatan dan kawasan tempat tinggal di samping mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=OlkR55p16og

Tags: denggiKerajaan Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd