• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dicadang Tubuh Majlis Perundingan Keluarga Miskin

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang senator hari ini mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah majlis perundingan bagi menyatukan semua bentuk bantuan kerajaan kepada keluarga miskin.

Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pada masa ini terdapat banyak kementerian dan agensi kerajaan yang menyediakan bantuan dalam pelbagai bidang tetapi tidak bersepadu.

“Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu Majlis Perundingan Pembangunan Keluarga Miskin, jadi semua agensi yang memberi bantuan kepada orang miskin dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, kanak-kanak atau orang kurang upaya (OKU) disatukan.

“Kemudian dilantik lembaga penasihat (untuk majlis perundingan itu) yang mungkin terdiri pakar-pakar ekonomi dan sebagainya supaya boleh memastikan majlis perundingan itu dapat membantu keluarga miskin,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Negara di sini hari ini.

Katanya walaupun banyak bantuan disediakan kerajaan tetapi masih ada keluarga miskin yang mendakwa tertinggal daripada mendapat bantuan disebabkan tidak mengetahui kewujudan bantuan tersebut.

Senator dari Melaka itu turut mencadangkan kerajaan mencari satu mekanisme ekonomi untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga miskin seperti menubuhkan sebuah koperasi untuk mereka.

Mohd Ali berkata selain mewujudkan peluang pekerjaan, koperasi itu boleh berperanan menggerakkan kegiatan ekonomi dan keuntungannya diagihkan kepada keluarga miskin.

“Sebagai contoh dalam negara kita ada 500,000 keluarga miskin dengan bantuan daripada kerajaan sebanyak RM1.3 bilion setahun. Kalau kita potong sebulan RM10 bagi setiap keluarga (untuk koperasi itu), sebulan dapat RM5 juta dan setahun RM60 juta.

“Wang ini boleh menggerakkan kegiatan ekonomi, dan dalam masa jangka panjang sebahagian daripada mereka tidak perlu lagi mendapat bantuan daripada kerajaan dan mereka boleh bergantung kepada koperasi itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemiskinanKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd