• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS P.Pinang Akan Patuh Keputusan Parti – Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kenyataan Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pandangan dewan pemuda itu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sehingga kini kepimpinan PAS pusat belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berhubung perkara itu.

“Saya anggap ia sekadar pandangan daripada mereka, tiada apa-apa tindakan akan diambil…tengoklah bila bermula pilihan raya nanti.

“Sesiapa pun boleh beri pandangan, namun keputusan parti akan dipatuhi oleh semua,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Jelutong di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mohd Piah yang dipetik sebagai berkata bahawa mereka tidak akan bekerjasama di Permatang Pauh selagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang tidak menarik balik kenyataan ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut menyifatkan isu itu adalah masalah dalam rumah tangga parti dan semua isu berbangkit itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti.

“Kami bermesyuarat setiap bulan, jadi kami akan bincang semua isu itu… tidak ada masalah. (Buat masa ini) kami akan tumpu pada pilihan raya.

“Bulan depan di minggu kedua, kita akan mesyuarat dan bincangkan isu ini. Kita bincang isu ini dalam rumah tangga parti. Perkara-perkara seperti ini bukan benda baharu dalam politik,” katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. – BERNAMA

Tags: Mat SabuPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju meminda Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong...

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

24/12/2023
0

KLANG : Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan ini adalah penggal terakhirnya menerajui parti itu. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd