• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Elaun Guru KAFA Sedang Diteliti, Kata Azmin

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedang meneliti permintaan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan negeri pada prinsipnya bersetuju menaikkan elaun itu, namun pembayaran perlu dibuat mengikut mekanisme yang ditetapkan.

“Kerajaan negeri melalui Exco agama sedang teliti (perkara itu), pada prinsipnya kita telah bersetuju tetapi mekanisme pembayaran mestilah telus kerana ini soal kewangan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham pada Selasa, yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada PRU-13, kerajaan gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru KAFA di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dijanjikan semasa PRU-13 itu.

Menurut Dr Ahmad Yunus, kelewatan kenaikan elaun 6,742 guru KAFA di negeri itu disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan. – BERNAMA

https://youtu.be/pN1mSwR_hIk

Tags: Azmin AliElaun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd