• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Turun Harga Tidak Terhad Pasar Raya Besar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kempen Penurunan Harga yang bermula pada 2008, tidak terhad kepada penglibatan pasar raya besar sahaja, sebaliknya semua peniaga termasuk pengilang digalakkan menyertai kempen itu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peniaga yang berhasrat menyertai kempen itu boleh kemukakan permohonan kepada bahagian pembangunan perniagaan kementerian.

Tempoh minimum kempen adalah selama 30 hari, katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memperluaskan kempen itu.

Katanya, sebanyak 40 syarikat melibatkan 1,382 cawangan pasar raya di seluruh negara telah menyertai Kempen Penurunan Harga bermula Mac lepas melibatkan penawaran diskaun sehingga 70 peratus bagi 488,056 produk.

“Kempen penurunan harga 2015 disertai oleh 16 syarikat peruncitan tempatan dan asing dengan melibatkan 1,036 cawangan dan penawaran diskaun sehingga 70 peratus bagi 82,582 produk,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, kementerian dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan pihak peruncit, pengilang dan pengusaha restoran bagi menggalakkan penyertaan semua pihak dalam kempen itu.

Katanya, kempen itu masih mendapat sambutan rakyat kerana ia bukan sahaja memberi maklumat tentang premis perniagaan yang menawarkan harga rendah, tetapi juga dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia juga sebagai langkah membantu mempromosi premis perniagaan yang menawarkan penurunan harga, katanya. – BERNAMA

Tags: Harga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd