• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Minta FAM Hadkan Gaji Pemain

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan had tangga gaji yang boleh diberikan kepada seseorang pemain bola sepak di negara ini sebelum Liga Malaysia diswastakan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM perlu juga memperincikan tentang peraturan perpindahan serta hak tajaan dalam penswastaan tersebut kerana ia penentu kepada maju atau mundur liga bola sepak negara ini.

“Semua ini wajib dibentang hitam putih. Satu perjanjian semua pihak berkepentingan wajib diwujudkan. Ahli gabungan FAM perlu tegas dalam melindungi hak mereka. FAM tidak boleh laksanakan penswastaan selagi semua perkara ini disempurnakan terlebih dahulu.

“Sekiranya syarat (penswastaan) tidak memuaskan, KAFA boleh membuat pilihan sama ada mahu menyertai penswastaan atau tidak. Yang pasti FAM tidak boleh berbuat sesuka hati. Ahli harus sepakat. Jika tidak kita semua kena jual,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, kata Annuar, KAFA akan mengadakan satu mesyuarat khas malam ini bagi menetapkan pendirian persatuan tersebut berhubung isu berkenaan.

Selain itu, katanya, sebanyak 70 peratus atau kira-kira RM70 hingga RM100 juta hak daripada hak penswastaan mestilah dikembalikan kepada pasukan dan FAM hanya boleh memiliki 20 hingga 30 peratus sebagai belanja mengurus dan pembangunan.

Menurutnya, langkah itu membolehkan setiap pasukan Liga Super memperolehi RM3 juta manakala Liga Perdana RM1 juta yang jumlah itu sebenarnya cma 30 hingga 50 peratus kos operasi sesebuah pasukan.

“Mesyuarat agung luar biasa patut dipanggil untuk meluluskan penswastaan kerana ia beerti menjual hak untuk jangka masa panjang. Itu termasuk hak pasukan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: FAMKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Suspek Kes Samun Ditahan Di Taman Seri Sentosa Klang

Next Post

Hudud Bukan Penghalang Ekonomi, Kebajikan

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Hudud Bukan Penghalang Ekonomi, Kebajikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd