• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasanova Laman Sosial Aniaya Teman Wanita

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kasanova laman sosial berumur 21 tahun menipu dan mengugut kenalannya sehingga menyebabkan kerugian wang tunai sebanyak RM65,000 dalam kejadian di Taman Setapak Jaya sejak 21 April.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek dikenali sebagai Kong Hou Woon, No kad pengenalan: 940612-01-6629 dan alamat terakhirnya No. 11, Jalan Cantik 2, Taman Cantik, 86200 Simpang Rengam, Johor.

Suspek dan mangsa yang berusia 20 tahun mula berkenalan melalui laman sosialWeChat sejak bulan lepas.

“Dalam kejadian pertama, pada 10 pagi 21 April itu, suspek datang ke rumah mangsa di Taman Setapak Jaya dan mengugut mangsa dengan sebatang besi hitam sebelum meminta mangsa menyerahkan sejumlah RM30,000.

“Suspek mengugut jika mangsa enggan berbuat demikian, dia akan bertindak menyebarkan gambar separuh bogelnya ke dalam internet. Mangsa yang takut, kemudiannya pergi ke bank sebelum mengeluarkan duit itu dan menyerahkan kepada suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata keesokannya, suspek sekali lagi pergi ke rumah mangsa dan meminta wang RM35,000 lagi dengan menggunakan taktik yang sama bagi menakutkan mangsa.

Hasil maklumat daripada mangsa, siasatan polis mendapati suspek pernah menipu kenalan lain di laman sosial sebelum ini.

Selain itu, suspek juga dikehendaki polis dalam dua kes di Johor iaitu di Taman Pelangi dan Kulai.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu menghubungi Insp Fakrul Razi Mohd Sayuti di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222. – BERNAMA

Tags: Kasanova
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersetubuh Luar Nikah, ‘Ustaz Kasanova’ Kena 6 Sebatan

09/03/2016
0

KUALA LUMPUR - Lelaki yang digelar 'Ustaz Kasanova' hari ini dihukum penjara 12 bulan dan enam kali sebatan oleh Mahkamah...

Kisah Mat Romeo Sebenar: 4 Isteri, 7 Tunang dan 5 Teman Wanita

26/10/2014
0

Inilah yang dimaksudkan dengan 'mat romeo' paling hebat. Sonko Tijan, 28 tahun, ialah seorang lelaki kasanova yang baru sahaja ditangkap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd