• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kandungan Kargo Bukan Punca Kehilangan MH370

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya kandungan kargo berbahaya yang dibawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai punca kehilangannya.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata perkara itu adalah berdasarkan Laporan Interim dan Maklumat Fakta yang disediakan Pasukan
Penyiasatan Keselamatan (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) (ICAO) Malaysia bagi MH370 yang dikeluarkan pada 8 Mac lepas, yang tidak menyatakan kandungan kargo mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat itu.

“Laporan Interim setebal 600 muka surat itu telah perjelas rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan.

“Kandungan kargo tidak ada kena mengena atau menjejaskan operasi penerbangan MH370,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS Tumpat) yang mendakwa kerajaan belum menyatakan isi kandungan kargo yang dibawa pesawat berkenaan.

Pada 8 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 daripada Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal didapati hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan di ruang udara Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat Boeing 777-200ER itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan operasi besar-besaran mengesan pesawat dilakukan sehingga kini.

Terdahulu semasa menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Abdul Aziz berkata ia tertakluk kepada ketetapan ICAO dan Jabatan Penerbangan Awam berhubung garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) Polis Bantuan di lapangan terbang mengenai pengendalian barangan berbahaya yang dibawa melalui pesawat komersial.

“Mengikut garis panduan itu, semua barangan yang dilarang seperti pistol, senjata tajam, peluru dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat awam dan sekiranya dikesan pada penumpang atau dalam bagasi, ianya akan dirampas serta dilupuskan.

“Manakala bagi penumpang yang memiliki lesen individu untuk membawa senjata api melalui pesawat awam akan tertakluk kepada prosedur pengendalian senjata api syarikat penerbangan itu sendiri,” katanya.

Abdul Aziz berkata ICAO juga mengeluarkan arahan penguatkuasaan larangan membawa bahan cecair, aerosol dan gel bagi semua penumpang penerbangan antarabangsa kecuali ia tidak melebihi satu liter bagi setiap penumpang.

Setiap barang-barang terlarang yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=JFZ4KfRZl5o

Tags: Aziz KaprawiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd