• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Menyeluruh Sebelum Pelaksanaan CGPA Bersepadu

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) bersepadu untuk mentaksir pencapaian graduan mungkin dilaksanakan dua atau tiga tahun lagi selepas kajian menyeluruh mengenainya dijalankan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata antara kajian yang dijalankan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ialah cara untuk menyepadukan sistem CGPA sedia ada bagi mentaksir pencapaian graduan.

“Kita belum mendapat acuan yang sebaiknya tetapi IPTA sedang mencari cara terbaik untuk mengukur pencapaian pelajar.

“Pelaksanaan CGPA bersepadu hanya akan dijalankan dalam masa dua atau tiga tahun lagi… mungkin lebih awal. Namun kita tidak mahu gopoh kerana hendak memberi masa untuk menjalani ujian sebelum pelaksanaan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Ekspo Kerjaya UKM 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini, beliau berkata Kementerian Pendidikan mahukan satu sistem pentaksiran yang sesuai dan boleh diterima oleh semua ahli akademik dan masyarkat keseluruhannya.

Idris berkata bagi melahirkan graduan yang holisitik, pencapaian mereka perlu diukur secara menyeluruh dengan mengambil kira penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan, kepimpinan atau kerohanian.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 (PPPM-PT) yang menggariskan 10 lonjakan untuk melahirkan modal insan yang dikategorikan sebagai 3B iaitu berbakat, bertaraf global dan berteraskan nilai positif.

Sistem CGPA bersepadu merupakan satu daripada inisiatif di bawah lonjakan pertama PPPM-PT.

Ekspo Kerjaya UKM 2015, program dua hari bertemakan ‘Rebut Peluang, Capai Impian’ yang berakhir hari ini, bertujuan memberi peluang kepada para graduan mendapatkan maklumat terkini mengenai keperluan dan peluang pekerjaan secara terus daripada pihak majikan. – BERNAMA

 

 

 

 

Tags: Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd