• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Caruman KWSP Memadai Buat Masa Ini – Chua Tee Yong

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) adalah memadai buat masa ini kerana ia telah diselaraskan dengan gaji minimum pekerja.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata langkah menaikkan caruman akan menjejaskan gaji bersih pekerja yang digunakan untuk menampung kehidupan harian.

“Peningkatan peratusan kadar caruman bagi syer pekerja dan majikan sememangnya dapat memberi impak berganda terhadap simpanan persaraan ahli.

“Bagaimanapun, KWSP juga perlu peka dan mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan ekonomi semasa rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi peningkatan kos sara hidup,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Yoo Wei How mengenai kesediaan KWSP meningkatkan kadar caruman pekerja dan majikan supaya dapat menyelesaikan masalah ketidakcukupan jumlah wang caruman untuk persediaan selepas bersara.

Chua berkata wang simpanan KWSP adalah untuk tujuan persaraan ahli dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar upah yang diterima, kadar caruman majikan dan pekerja, pemberian dividen tahunan serta sebarang pengeluaran yang dibuat sebelum mencapai umur 55 tahun.

Katanya pengeluaran itu termasuk untuk tujuan perumahan, haji, pendidikan, kesihatan dan hilang upaya serta pengeluaran semasa umur 50 tahun.

Beliau berkata kecukupan simpanan persaraan ahli juga bergantung kepada kesedaran mereka untuk menabung lebih awal bagi menyelaraskan simpanan dengan gaya hidup yang diingini selepas bersara.

“Ahli juga perlu mengambil kira keadaan kesihatan mereka semasa persaraan dengan menyediakan simpanan secukupnya memandangkan kos kesihatan yang semakin meningkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chua Tee YongKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd