• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Bayaran Lesen Memandu Kekal

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal kekal walaupun selepas pelaksanaan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata keputusan itu dibuat selepas kajian semula struktur peperiksaan dan kurikulum untuk menggabung kedua-dua ujian berkenaan.

“Kadar bayaran telah ditetapkan dan kadar bayaran tidak akan berubah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sambutan Hari JPJ peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ismail sebelum ini menjangkakan penurunan kadar bayaran yuran ekoran pengumuman Kementerian Pengangkutan bahawa individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Pada masa ini JPJ menetapkan kadar bayaran atau harga siling sebanyak RM350 bagi lesen B2 (motosikal) kepada institut memandu manakala RM1,150 bagi kereta manual dan RM1,250 untuk kereta automatik.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata pihaknya menjalankan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kes penipuan kemasukan kereta dari pulau bebas cukai iaitu Labuan dan Langkawi ke tanah besar, yang menyebabkan ketirisan hasil dari segi cukai kastam.

“Sistem kita dan sistem Kastam sudah mula berkerjasama dalam fasa pertama. Fasa terakhir mula dijangka selesai pada hujung bulan ini. Apabila sistem ini sudah siap sepenuhnya isu-isu mengenai perbuatan melarikan diri dari cukai ini dapat dibanteras,” katanya.

Sambutan Hari JPJ Peringkat Wilayah Persekutuan merupakan sambutan peringkat negeri yang pertama dilakukan pada tahun ini.

Melalui pendekatan dengan setiap negeri meraikan hari JPJ di negeri masing-masing, penglibatan warga JPJ akan lebih menyeluruh. – BERNAMA

Tags: JPJLesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd