• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Saudi Bom Yaman Dapat Hadiah Bentley

oleh
26/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH — Terlalu gembira dengan kekalahan militan Houthi di Yaman, seorang putera kaya Arab Saudi menawarkan kereta mewah kepada semua juruterbang Arab Saudi yang terlibat dalam serangan udara di sana.

Putera Al-Waleed bin Talal, salah seorang terkaya di Arab Saudi, mengumumkan kepada tiga juta pengikut akaun laman sosial Twitter miliknya mengenai ganjaran hadiah untuk juruterbang tentera udara negara tersebut.

“Sebagai penghargaan atas peranan mereka dalam operasi tersebut, saya berasa bangga untuk menawarkan 100 buah kereta mewah Bentley kepada 100 pilot penggempur Saudi,” ujar putera itu menerusi mesej terbaharunya.

Tawaran Putera Al-Waleed itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dengan lebih daripada 28,000 orang memberi komen manakala 5,000 orang lagi menanda ‘suka’ pada kenyataan kerabat diraja berkenaan.

Sebahagian memuji putera itu kerana dianggap ‘murah hati’ dan sejumlah lagi menyatakan, juruterbang tentera mereka berhak mendapatkan kereta mewah, bahkan lebih lagi, setelah ‘berkorban’ menunaikan tugas negara.

Sekadar rekod, buat masa ini harga model terbaharu sebuah kereta buatan Britain itu ialah AS$234,000 (RM851,000) dan jika didarab 100 buah maka jumlah keseluruhannya cecah AS$23,400,000 (RM85,100,000).

Namun, bagi yang tinggal di luar Arab Saudi, khususnya di Yaman, mereka menganggap tawaran disampaikan Putera Al-Waleed merupakan suatu amat keterlaluan dan tidak kena waktu dengan senario politik semasa.

“Seratus Bentley untuk 100 juruterbang yang mengebom Yaman, sementara tiada satu pun ‘hadiah’ ambulans untuk semua hospital yang mereka hancurkan,” kata seorang warga Yaman, menerusi akaun Twitternya.

Warga Yaman lain, sempat memaparkan foto menunjukkan rumah mereka rosak teruk akibat serangan udara Arab Saudi, menulis di Twitter: “Al Waleed hebat mampu memberikan 100 Bentley untuk ‘pilot’ jet tempur Saudi.

“Sebaliknya, apartmen saya hancur akibat ledakan. Saya yakin, semangat saya lebih tinggi daripada 100 juruterbang itu yang kaya, walhal jirannya rakyat Yaman masih lagi hidup miskin.” tulisnya lagi.

Pengguna media sosial lainnya juga menulis: “Apakah nyawa 100 atau 200 orang layak dipertukarkan untuk sebuah Bentley? Betapa murahnya nyawa manusia,” kata seorang pengguna Twitter berasal dari Jordan.

Tahun lalu, putera yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan gemar memberi hadiah itu menawarkan 25 buah kereta mewah kepada sebuah pasukan kelab bola sepak tempatan setelah memenangi Piala Arab Saudi.

Langkah kontroversi ‘pemurah’ putera berusia 60 tahun dengan kekayaan AS$30 bilion itu mencetuskan debat di Arab Saudi mengenai persoalan siapakah yang berhak mendapat hadiah lumayan. – Agensi/A.AMREE

Tags: Arab SaudihadiahkayakeretamewahputeraYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd