KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan penglibatannya bersama-sama sebuah badan bukan kerajaan dalam pemberian lesen memandu motosikal dan kereta kepada masyarakat bandar dan luar bandar seperti didakwa sesetengah pihak.
JPJ dalam satu kenyataan menegaskan proses bagi memperoleh lesen memandu yang sah di sisi undang-undang perlu dilakukan melalui prosedur seperti mana yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
Sehubungan dengan itu, kenyataan tersebut memberitahu sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menaja dengan cara membantu pembayaran yuran bagi memperoleh lesen memandu, pihak JPJ tidak akan bertanggungjawab dalam penganjuran tersebut. – BERNAMA

