• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Main Isu Sensitif Di Permatang Pauh – Polis

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif dan hasutan yang boleh menimbulkan kekacauan sepanjang tempoh kempen pilihan raya itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang menimbulkan isu yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Tanggungjawab polis adalah memasti dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang PRK dan saya beri amaran jangan ada parti politik cuba timbulkan isu-isu sensitif terutama berkaitan hasutan atau menimbulkan kekacauan.

“Kami juga tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba buat kacau untuk mengganggu ketenteraman awam,” katanya sambil memberi jaminan pilihan raya kecil itu akan berjalan lancar.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Jumaat, Abdul Rahim berkata polis akan memantau ceramah yang diadakan sepanjang tempoh berkempen serta media sosial bagi memastikan tiada isu sensitif dimainkan.

Semua calon bertanding yang ingin mengadakan ceramah atau perhimpunan sepanjang tempoh berkempen dinasihat memohon permit daripada polis, katanya.

Abdul Rahim berkata polis akan menempatkan anggota di 35 lokasi panas di kawasan Parlimen itu menerusi Ops Payung seminggu sebelum hari penamaan calon.

Beliau berkata sejumlah 2,000 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang akan terlibat sepanjang PRK itu dan sekiranya ada keperluan, bantuan daripada kontinjen lain dan Bukit Aman akan diminta.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei. – BERNAMA

Tags: polisPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd