Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Remaja 17 Tahun Dirogol...

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian...

Ular ‘Tumpang’ Pemotong Rumput...

SEORANG pemotong rumput warga Bangladesh terkejut apabila menyedari ular sawa berada di bahagian...

Kes Buli: Reputasi Sekolah...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak 38 kes buli di sekolah dilaporkan kepada...

Bapa Bimbang Anak Gadis...

ALOR SETAR - Bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang hilang selepas keluar dari...

Jangan Ambil Mudah PRK Rompin – Muhyiddin

ROMPIN – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekaligus menambah jumlah majoriti.

“Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.

“Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon BN Datuk Hasan Arifin untuk proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini Rabu.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon BN Datuk Hasan Arifin.


Muhyiddin berkata BN akan menggunakan PRK itu sebagai platform untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal kos sara hidup.

“Isu CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) selain harga getah dan kelapa sawit tidak boleh dinafikan hakikatnya berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat global.

“Ini menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk berikan penjelasan. Macam isu CBP, kita kena faham ia satu keperluan dan matlamatnya untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri mengakui pelaksanaan peringkat awal CBP menimbulkan rasa kurang senang hati rakyat, namun aduan-aduan itu akan diperjelas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori