• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Mudah PRK Rompin – Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekaligus menambah jumlah majoriti.

“Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.

“Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon BN Datuk Hasan Arifin untuk proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini Rabu.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon BN Datuk Hasan Arifin.

Muhyiddin berkata BN akan menggunakan PRK itu sebagai platform untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal kos sara hidup.

“Isu CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) selain harga getah dan kelapa sawit tidak boleh dinafikan hakikatnya berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat global.

“Ini menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk berikan penjelasan. Macam isu CBP, kita kena faham ia satu keperluan dan matlamatnya untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri mengakui pelaksanaan peringkat awal CBP menimbulkan rasa kurang senang hati rakyat, namun aduan-aduan itu akan diperjelas. – BERNAMA

Tags: PRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Pemuda PAS Perak Puas Hati Walau Tewas

06/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd