• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamaluddin Tingkatkan Hubungan AS-Malaysia – John Kerry

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry berkata dedikasi Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam mempromosi perkongsian antara AS-Malaysia akan membuahkan hasil dalam masa akan datang.

Beliau berkata ini dijangka berlaku kerana kedua-dua negara terus berusaha secara bersama ke arah pertumbuhan ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

Kerry berkata Jamaluddin menumpukan usahanya selaku Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat dari 2009-2012 untuk membawa hubungan bilateral kedua-dua negara ke satu peringkat kerjasama yang baharu.

“Sekembalinya ke Kuala Lumpur selepas menamatkan tugasnya sebagai duta, beliau masih merupakan penyokong kuat dan efektif kepada perkongsian kami,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara AS.

Kerry juga mengucap takziah kepada keluarga dan rakan mangsa nahas helikopter itu.

“Ingatan dan doa saya bersama semua rakyat Malaysia di masa kesedihan ini,” katanya.

Selain daripada Jamaluddin yang juga merupakan Anggota Parlimen Rompin dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, turut terkorban dalam nahas itu ialah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Helikopter Dauphin AS365N2 yang membawa Jamaluddin dan lima lagi mangsa jatuh terhempas di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih Selangor pada pukul 4.55 petang Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatJamaluddin Jarjis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd