• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Gereja: MCA Sokong Zahid, Siasat Penunjuk Perasaan

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – MCA menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa bantahan di Taman Medan sebagai menghasut dan menyarankan supaya penunjuk perasaan disiasat di bawah undang-undang.

Jawatankuasa pusat parti itu berkata, dua menteri dalam MCA iaitu Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dengan jelas menyatakan pendirian mereka dalam mesyuarat Kabinet, Selasa.

“Pihak kami tidak bersetuju dengan protes itu dan menegaskan bahawa mereka yang terlibat mesti disiasat dan tertakluk kepada kedaulatan undang-undang.

“MCA berpendapat bahawa pihak berkuasa yang berkenaan perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Mereka tidak harus dipengaruhi oleh sebarang hubungan istimewa tertentu yang mungkin ada dengan penunjuk perasaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Parti itu juga menegaskan bahawa Malaysia menjunjung kedaulatan undang-undang yang perlu diikuti oleh semua.

“Tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang. Begitu juga, tiada sesiapa pun boleh meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

“Oleh itu, penunjuk perasaan perlu menyuarakan perbezaan pendapat mereka melalui saluran yang betul, termasuk pihak berkuasa tempatan, dan tidak melalui menegaskan tekanan ke atas gereja dan Kristian melalui demonstrasi,” katanya.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan segera terhadap semua penunjuk perasaan gereja Taman Medan, termasuk abangnya sendiri, Datuk Abdullah Abu Bakar. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=T5exhQXHog0

Tags: GerejaLiow Tiong Lai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

23/10/2023
0

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di...

Angka Kematian Letupan Di Sri Lanka Cecah 290 Orang

22/04/2019
0

COLOMBO - Angka kematian ekoran beberapa siri letupan bom yang menyasarkan gereja dan hotel terkemuka di Sri Lanka semalam kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd