• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institut Memandu Diminta Serap GST Bagi Ringankan Beban Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta institut memandu menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi meringankan beban orang ramai yang mengambil ujian memandu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata saranan itu adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) institut memandu dalam membantu pelanggan mereka.

“Lesen memandu dan cukai jalan memang tidak dikenakan GST, cuma perkhidmatan yang disediakan oleh institut memandu yang dikenakan GST…jadi saya minta mereka mengambil contoh beberapa pasar raya besar seperti Mydin yang menyerap bayaran CBP bagi meringankan beban pelanggan mereka.

“Saya percaya langkah menyerap enam peratus itu adalah sebagai CSR mereka kepada calon-calon yang mengambil ujian memandu. Ketika ini terdapat 205 institut memandu di seluruh negara dan saya harap mereka dapat mengambil langkah itu dalam usaha membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Memandu Melati di Bukit Tengah di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata JPJ sedang dalam fasa akhir untuk menyediakan buku panduan ujian memandu dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

Beliau berkata selain buku panduan itu, soalan ujian bahagian 1 (ujian berkomputer) juga akan dibuat dalam bahasa Mandarin dan Tamil bagi memudahkan calon terutama warga emas yang tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Ia dijangka dapat disiapkan sebelum penghujung tahun ini dan ujian dalam pelbagai bahasa itu akan digunakan selepas siap sepenuhnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan terhadap semua institut memandu bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sindiket lesen L tanpa menduduki ujian berkomputer melalui sindiket ‘lesen terbang’ yang kini kembali aktif dalam kalangan warga asing.

“JPJ bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras sindiket berkenaan dan jika ada institut memandu yang didapati terlibat kami akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan rakyat asing membayar antara RM2,000 dan RM2,500 bagi memperoleh lesen L kerana bimbang gagal ujian berikutan beberapa faktor, antaranya masalah bahasa atau lebih teruk tidak tahu membaca.

Bayaran itu akan diserahkan kepada ejen sekolah memandu atau pekerja kaunter syarikat pengendali ujian berkomputer yang akan menguruskan sehingga lesen L itu sampai ke tangan rakyat asing terlibat. – BERNAMA

Tags: JPJLesen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd