• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Pekerja 2015 Catat Sejarah Dianjur Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Pekerja 2015 peringkat kebangsaan pada 1 Mei ini bakal mencatat sejarah apabila julung kalinya diadakan di Sarawak, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Sambutan bertemakan ‘Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat’ itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dijangka dihadiri 10,000 orang, katanya.

“Ini kali kedua sambutan diadakan di luar Kuala Lumpur, sebelum ini iaitu tahun lalu diadakan di Melaka,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Menghuraikan tema kali ini, Riot berkata pekerja yang sihat dan sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan yang baik secara langsung akan meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja yang tinggi seterusnya membawa kepada kemajuan negara.

“Aspek penjagaan kesihatan pada masa kini amat penting dan perlu diberi perhatian utama dalam menangani gaya hidup masa kini yang banyak berubah,” katanya.

Menurut Riot, kemeriahan sambutan kali ini akan diadakan dalam enam siri acara berbeza bermula pada 29 April dengan Seminar Kesedaran Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan Negara.

Ia diikuti dengan Konvensyen Kesatuan Sekerja 2015 (30 April); perhimpunan Hari Pekerja (1 Mei); Gotong Royong (2 Mei); Forum Perdana Ehwal Islam (7 Mei) dan Program Larian Muda di Persiaran Putrajaya (9 Mei).

Dalam perkembangan lain, Riot berkata Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan memulakan program ‘Double Shift’ bagi mengoptimumkan kapasiti 32 Institusi Latihan JTM di seluruh negara tahun ini.

Beliau menjelaskan menerusi program itu, JTM akan melaksanakan pengambilan pelajar sebanyak dua kali setahun bagi kursus sepenuh masa yang ditawarkan kepada belia lepasan sekolah.

Katanya program itu turut dilaksanakan melalui kursus jangka pendek bagi profesional secara perkongsian pintar dengan industri serta ‘customised dan modular’ kepada pekerja industri.

“Keseluruhannya program Double Shift melibatkan lebih 176 kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: pekerjaRichard Riot Jaem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd