• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Hormat Keputusan PAS Permatang Pauh Nak Boikot PKR

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melompat lagi pemimpin-pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) selepas presiden parti Islam itu merestui pendirian PAS Permatang Pauh yang akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak undang-undang jenayah Islam atau hudud.

PAS Permatang Pauh sebelum ini mendapat mandat lebih 400 ahli akar umbi dalam mesyuarat kawasan untuk menuntut PKR menarik balik kenyataan menolak hudud dan memohon maaf kepada Haji Hadi.

Sungguhpun merestui keputusan PAS Permatang Pauh itu, kata Haji Hadi PAS kekal dalam pakatan pembangkang.

Katanya PAS masih teguh berada dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun parti itu tidak sependapat dalam beberapa perkara dengan PKR dan DAP.

“Kita masih dalam PR dan saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda di Shah Alam pada petang Rabu.

“Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib,” ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Urusan Ulama, PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Badrul Abdul Rahman pada Selasa yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud?.

Memperincikan dengan lebih lanjut, Haji Hadi berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut.

?”Betullah tidak boleh,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Badrul berkata, hujahnya berkenaan haram mengundi calon menolak hukum hudud adalah bertepatan dengan maksud Surah an-Nisa ayat 85 .

“Oleh itu, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam,” katanya.

Sementara itu, PKR dilaporkan akan meneruskan perbincangan dengan PAS dan optimis kedua-dua parti itu akan mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam kempen di Permatang Pauh.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata kesemua peringkat kedua-dua parti itu akan meneruskan perbincangan untuk menyelesaikan isu ini sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

Sambil mengakui wujud ketidakpuasan hati di kalangan anggota PAS, beliau yakin anggota parti itu akan menyokong calon PKR yang akan diumumkan kelak.

“Saya tidak berasa benda (perkara) ini akan berpanjangan dan sebaliknya saya yakin PAS akan beri sokongan penuh kepada PKR,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Media PKR di Bangunan Yayasan Aman.

Katanya, DAP dan PAS bersetuju memberi laluan dan mereka akan menyokong calon PKR untuk bertanding di kawasan ini.

Sebelum ini Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan bertegas supaya PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongan PAS.

Sementara itu, Mansor yang juga pengarah pilihan raya kecil Permatang Pauh berkata PKR akan mengumumkan calonnya pada 24 April ini di Seberang Perai Arena.

Katanya, kesemua barisan kepimpinan PKR, PAS dan DAP akan hadir semasa pengumuman calon nanti.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Penamaan calon bagi PRK itu pada 25 April dan pengundian 7 Mei.- agendadaily.com

Tags: Hadi AwangPKRPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahasiswa Keadilan Malaysia Umum Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar?

Mahasiswa Keadilan Malaysia Umum Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar?

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu kenyataan media didakwa oleh Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Parti...

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd