• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Isytihar 7 Mei Hari Kelepasan Am Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan 7 Mei sebagai hari kelepasan am di negeri ini bersempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi melancarkan proses pengundian pada hari berkenaan yang jatuh pada hari Khamis iaitu hari bekerja.

“Saya harap semua pengundi luar boleh pulang mengundi. Kami juga berharap majikan (sektor) swasta kalau tidak cuti boleh memberi masa kepada pekerja mereka untuk mengundi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon Bebas Salleh Isahak dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd