Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

RTM Batal Debat Isu...

MUKTAMAD... Radio Televisyen Malaysia (RTM) membatalkan program debat secara langsung antara Presiden 1Malaysia...

Hanya Bincang Masa Depan...

KUALA LUMPUR - Pertemuan melibatkan beberapa Ahli Parlimen di kediaman rasmi Menteri Hal...

Lelaki Ditahan Selapas Samun...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan selepas beberapa minit menyamun seorang peniaga di...

Liverpool Lakar Kebangkitan Sensasi...

LIVERPOOL - Liverpool mempamer kebangkitan luar biasa di Anfield apabila membenam Barcelona 4-0...

Germanwings: Co-Pilot Masukkan Ubat Dalam Kopi Kapten

MAKLUMAT terbaharu yang dikumpulkan oleh pasukan penyiasat nahas pesawat Germanwings mendapati, terdapat kemungkinan besar pembantu juruterbang, Andreas Lubitz telah memasukkan sejenis ubat ke dalam kopi kapten pesawat itu, Patrick Sondenheimer dalam usaha untuk memaksa kapten itu pergi ke tandas.

Hasil siasatan mendapati Lubitz memasukkan ubat jenis diuretik ke dalam cawan kopi kapten pesawat Airbus 320 tersebut sebelum dirinya ditinggalkan berseorangan dalam kokpit untuk menjunamkan penerbangan itu di Pergunungan Alps, Perancis, 24 Mac lalu.

Lubitz disahkan menghidap masalah depresi dan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kepada bekas teman wanitanya bahawa namanya akan dikenali di seluruh dunia.

Hasil rakaman suara dari kokpit mendapati Lubitz telah mengunci pintu kokpit sebaik kapten keluar untuk ke bilik air.


Dia kemudiannya telah didapati menggunakan alat kawalan khas untuk menutup kod laluan masuk semula ke kokpit dalam usahanya untuk menghalang Sondenheimer daripada kembali semula ke kokpit.

Kelajuan pesawat ketika ia terhempas ialah 400 km sejam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori