Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Kucing Kesayangan Hilang, Fazura...

KUCING merupakan haiwan yang paling disukai oleh manusia dan golongan selebriti turut tidak...

Lagi Langkah Sumbang Saifuddin...

SAIFUDDIN Abdullah sekali lagi membuat 'langkah sumbang' sejak menjadi Menteri Komunikasi apabila mengambil...

Kisah Budak Lelaki Yang...

Padat, ringkas, bermesej dan mendalam, itulah yang dapat diperkatakan setelah melihat iklan di...

Muhyiddin Jaga Kawasan, Jangan...

BAGAN DATUK - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Germanwings: Co-Pilot Didapati Kaji Pintu Kokpit, Cara Bunuh Diri

BERDASARKAN analisis yang dijalankan pasukan penyiasat terhadap komputer milik pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, mereka mendapati Lubitz pernah mencari maklumat mengenai cara-cara untuk membunuh diri.

Pendakwaraya dari Jerman, Christoph Kumpa turut mendedahkan, penemuan itu mendapati Lubitz mengambil masa selama beberapa minit mencari maklumat berkaitan pintu kokpit dan tahap keselamatan yang dimiliki oleh badan pesawat itu.

Analisa itu dibuat selepas pihak polis mengeledah kediaman Lubitz, selepas dia disyaki menjadi suspek utama menyebabkan kapal terbang itu terhempas pada 24 Mac lalu.

Maklumat pencarian yang ditemui dalam komputer Lubitz dipercayai bertarikh dari 16 Mac sehingga 23 Mac, sehari sebelum insiden itu berlaku.


Daripada analisa yang dijalankan menunjukkan Lubitz, 28, telah membuat kajian mengenai ‘kaedah rawatan’, ‘cara-cara untuk membunuh diri’ serta ‘pintu kokpit dan peruntukan keselamatan dalam kokpit’.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori