BERDASARKAN analisis yang dijalankan pasukan penyiasat terhadap komputer milik pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, mereka mendapati Lubitz pernah mencari maklumat mengenai cara-cara untuk membunuh diri.
Pendakwaraya dari Jerman, Christoph Kumpa turut mendedahkan, penemuan itu mendapati Lubitz mengambil masa selama beberapa minit mencari maklumat berkaitan pintu kokpit dan tahap keselamatan yang dimiliki oleh badan pesawat itu.
Analisa itu dibuat selepas pihak polis mengeledah kediaman Lubitz, selepas dia disyaki menjadi suspek utama menyebabkan kapal terbang itu terhempas pada 24 Mac lalu.
Maklumat pencarian yang ditemui dalam komputer Lubitz dipercayai bertarikh dari 16 Mac sehingga 23 Mac, sehari sebelum insiden itu berlaku.
Daripada analisa yang dijalankan menunjukkan Lubitz, 28, telah membuat kajian mengenai ‘kaedah rawatan’, ‘cara-cara untuk membunuh diri’ serta ‘pintu kokpit dan peruntukan keselamatan dalam kokpit’.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR