• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gereja Kontroversi Salib, Tiada Lesen Dan Permit – MBPJ

oleh AK-47
22/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARA pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengklasifikasikan gereja di Taman Medan sebagai tidak sah kerana beroperasi tanpa lesen dan tidak pernah menghantar permohonan bertulis untuk beroperasi sebagai tempat ibadat.

Portal berita The Star Online melaporkan bahawa Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata pemeriksaan data lesen menunjukkan bahawa premis rumah kedai yang dijadikan gereja itu tidak mempunyai lesen untuk dijadikan tempat beribadat.

Data juga menunjukkan gereja yang cetuskan kontroversi di Metro Square PJS2B/3 itu tidak mempunyai permit untuk menaikkan tanda salib di premis tersebut.

zainun

Menurut Zainun, gereja itu perlu membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan lesen.

“Premis rumah kedai yang ditukar menjadi tempat ibadat atau pusat meditasi perlu patuh pada Akta 133 Seksyen 70(12).”

“Permohonan bertulis bersama perincian aktiviti perlu dihantar untuk mendapat kelulusan.” katanya.

 

[WARDINA MOHON MAAF ISU SALIB, KESAL TINDAKAN SAMSENG]

 

Pihak MBPJ memerlukan pematuhan ini demi keselamatan orang yang menggunakan bangunan tersebut.

Zainun turut menyatakan bahawa setiap rumah ibadat yang mahu memasang logo atau simbol pada bangunan perlu mematuhi peraturan dan mempunyai permit daripada pihak majlis bandaraya.

“Ini termasuklah lambang bunga teratai, salib atau lain-lain. Semuanya memerlukan permit majlis bandaraya,” ujar Zainun.

Pada Ahad lalu, sekumpulan 50 orang penduduk telah berkumpul di luar premis tersebut untuk memprotes tanda salib yang telah dipasang dan mendesak agar menurunkannya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=T5exhQXHog0

Tags: GerejakontroversiMBPJsalib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

23/10/2023
0

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd