Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Agenda Pemerkasaan Bangsa Melayu...

DI kala ini, ramai pemimpin politik ingin menjadi juara orang Melayu.Antara yang paling...

Zakir Naik Sah Dapat...

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi memberikan kerakyatan negara tersebut kepada pendakwah terkenal dari...

MAB Beli 50 Pesawat...

PUTRAJAYA - Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Boeing mengumumkan pemeteraian janji niaga bagi...

Pemuda Gerakan Dakwa Mohd...

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan...

Garis Panduan Elak Koperasi Terbabit Skim Cepat Kaya

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mewujudkan garis panduan ke atas setiap koperasi bagi menghindari kegiatan operator skim cepat kaya berselindung di sebalik operasi koperasi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata antara garis panduan yang dilaksanakan termasuk mengetatkan pengambilan simpanan khas dan deposit atau penerimaan pinjaman yang berkuat kuasa pada 5 Mei 2010.

“SKM turut mewajibkan mana-mana koperasi yang ingin menjalankan aktiviti perumahan supaya memasukkan peruntukan pelaksanaan aktiviti ini dalam undang-undang kecil mereka.

“Selain itu, SKM juga akan membuat risikan ke atas mana-mana koperasi yang disyaki terlibat dalam skim cepat kaya berdasarkan aduan yang diterima,” katanya ketika menjawab soalan Senator Mohd Khalid Ahmad semasa sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini hari ini.

Mohd Khalid ingin mengetahui mekanisme yang dilakukan SKM dalam menghindarkan koperasi daripada terlibat dalam aktiviti skim cepat kaya. Ahmad Bashah berkata SKM melaksanakan pemeriksaan di bawah Seksyen 64 Akta Koperasi 1993 dan siasatan di bawah Seksyen 45 Akta SKM 2007 kepada mana-mana koperasi yang disyaki terlibat dalam skim tersebut.


“Sekiranya mana-mana koperasi didapati bersalah, SKM akan mengeluarkan perintah bertulis berdasarkan Seksyen 69 Akta SKM 1993 dan tindakan kompaun akan dikenakan ke atas anggota lembaga koperasi itu dan pembatalan pengoperasian koperasi yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata koperasi juga harus memilih anggota lembaganya berdasarkan kebolehan dan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab secara integriti. Katanya, langkah itu bagi memastikan koperasi tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti penyelewengan atau menjalankan apa-apa skim seperti skim cepat kaya di sebalik pengoperasian koperasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori