Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kisah Selebriti Tempatan Yang...

KES bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an, berusia 43 tahun yang ditahan polis...

Persiapan Akhir Sebelum Menyambut...

KUALA LUMPUR - Suasana di pusat bandaraya bertukar lengang hari ini setelah ribuan...

Perbicaraan Kes Rogol EXCO...

IPOH - Perbicaraan kes rogol membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam,...

Pemuda Lemas Di Hutan...

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Lipur...

Gangguan Seksual: Bekas Wartawan Hiburan Saman Ex-Bos

BEKAS wartawan hiburan saluran televisyen CBS, Kenneth Lombardi telah menyaman CBS dan dua bekas majikannya dengan dakwaan dirinya mengalami gangguan seksual daripada defendan.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan itu, Kenneth mendakwa penerbit, Duane Tollison mencium leher dan meraba bahagian kemaluannya semasa meraikan satu parti di pejabat mereka pada 2013.

Menurut New York Post, dalam saman itu menyebut, Duane telah memasukkan tangannya ke dalam seluar Kenneth dan meraba bahagian kemaluannya.

duane
Duane Tollison

Sehari selepas kejadian itu, Duane dikatakan memberi memo pesanan kepada Kenneth yang berbunyi, “Saya minta maaf sekiranya apa yang saya buat semalam melampaui batas. Saya suka buat perkara-perkara liar. Jika awak tidak tersinggung, jom kita buat lagi. LOL (sign for laughs).”

Sementara itu dalam kes kedua, Kenneth mendakwa turut dicabul oleh editor berita petang CBS, Albert Colley pada Mei 2014.

Dalam dakwaannya, Kenneth mengatakan Albert telah menghantar pesanan mesej kepadanya yang memberi link kepada laman web lucah, mencium serta meraba kakinya.


albert
Albert Colley

Selepas insiden itu, Kenneth mengakui dia berasa sedikit trauma untuk ke tempat kerja berikutan gangguan seksual daripada dua majikannya itu.

Kenneth juga mendedahkan dia telah dipaksa untuk meletakkan jawatan pada November lalu.

Sementara itu wakil CBS Annie Rohrs berkata, “Kami sangat mengambil berat mengenai aduan salah laku pekerja tapi kami percaya tuduhan Kenneth tidak berasas dan kami akan melawan kes ini di mahkamah.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

  • Lagi berita berkaitan:
  • cbs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori