Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Timbalan Pengerusi Bersih 2.0...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Syed Ibrahim Syed Noh telah meninggalkan...

Tiada Adegan Bergaduh, Hanya...

SHAH ALAM - Polis mengesahkan tiada adegan pergaduhan sebaliknya hanya tarik-menarik dalam insiden...

Mahasiswa Jangan Terpedaya Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa diminta tidak terpedaya dan mengambil risiko tinggi dengan membuat...

PAN Tidak Sesuai Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) tidak sesuai dipanggil sebagai parti 'Amanah'...

Gadis Maut Kereta Langgar Tiang Telefon

SANDAKAN – Seorang gadis maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang telefon di Jalan Leila dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain, berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa Jucelindah Robert, 20, dari Kampung Kuala Sapi Beluran mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya, ketika kejadian mangsa memandu keretanya dari arah Bandar Leila menghala Bandar Sandakan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang tiang telefon lalu berpusing dan terbalik,” katanya ketika dihubungi.


Zabidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan saksi diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori